Wedding Countdown Ticker

Friday, December 21, 2012

#2 Kursus Pra Perkahwinan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah pada 15-16 Disember 2012, kami selamat menghadiri kursus pra perkahwinan anjuran Pejabat Kadi Kulaijaya di Dewan al-Ghazali, Masjid Sultan Ismail, UTM Skudai. Setelah 11 tahun kami tidak belajar bersama-sama, alhamdulilah kami diberi peluang belajar ilmu rumahtangga yang asas ini bersama-sama. Terima kasih mak cik membenarkan si dia datang dari Jengka, Pahang ke Skudai, Johor untuk belajar. Walaupun dua hari, pengisiannya mantap dan kami kena tambah lagi pembacaan mengenai ilmu rumah tangga serta keibubapaan. Mempersiapkan diri sebelum melangkah ke alam perkahwinan penting ya rakan-rakan. Antara modul yang kami pelajari sepanjang dua hari ini adalah:-

AKIDAH (Wajib Mantap), 
PERSEDIAAN IBU BAPA, 
PEMBUBARAN PERKAHWINAN, 
PENGURUSAN KESIHATAN KELUARGA, 
AKHLAK & HUBUNGAN DALAM KELUARGA, 
PROSEDUR PERKAHWINAN, 
MUNAKAHAT, 
IBADAH, 
KOMUNIKASI SUAMI ISTERI, 
PENGURUSAN KONFLIK, STRESS DAN PERKHIDMATAN RUNDINGCARA

Semoga ilmu yang kami peroleh semasa kursus ini mampu menambah ilmu dan kami dapat menpraktikkan ilmu yang dipelajari apabila menempuh alam perkahwinan kelak.Insyaallah =)

#1 Pembuka Bicara

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum w.b.t.

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi pengalaman dan perancangan saya sebelum berlangsungnya hari bersejarah bagi saya dan pasangan. Diri ini dikenali sebagai atie. So, atie akan berkongsi  persiapan dan pengalaman yang atie lalui. Ada juga perkongsian tips akan diletakkan dan blog-blog yang dijadikan rujukan untuk membuat perancangan atie sendiri. Apapun, marilah bersama-sama kita berdoa semoga Allah membantu atie dan bakal-bakal pasagan pengantin untuk membuat persiapan awal. Keep in mind, kita hanya mampu merancang, Allah juga yang memberi izin untuk benarkan setiap apa yang kita telah rancang atau memberikan suatu yang lebih baik daripada apa yang kita rancangkan :)