Wedding Countdown Ticker

Wednesday, March 27, 2013

#6 Checklist

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum w.b.t.

masa blogwalking ke blog-blog bride-to-be dan ex-b2b, checklist part majlis dorg ni memang ada. dari simple-simple things sampai la yang besar-besar. hehe. menarik. saya pun carilah yang simple dan bajet rendah (sebab mr engineer baru kerja 3 bulan, his target end this year atau awal next year (feb, mac,april), so bajet xboleh besar2 laa). hantaran boleh tarik nafas lega sbb mak bgth it is up to him. bglah seikhlasnya =) alhamdulillah. terima kasih mak abah sbb xsusahkan bakal menantu mak. hehe. and saya tunjukkan bajet tersebut dan tiba2 popup idea, share dalam google docs. so both of us can update the excel docs jika masing-masing keluarkan own money to buy things for engagement and wedding soon. semoga perancangan kami berjalan lancar dan mohon doa padaNya semoga membantu melancarkan urusan-urusan kami =)

#5 Barang Hantaran

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum w.b.t.

last week, rakan seperjuangku ke Bandung, Indonesia untuk menghadiri conference di sana. conference tu sehari je dan mereka stay di sana selama 5 hari. hehe. memandangkan pasangan saya juga berada di Duri, Indonesia, pada awalnya beliau ingin mencari sendiri kain telekung untuk dijadikan barang hantaran, but in the end, dia tak sempat berjalan ke mana-mana dan saya pun meminta bantuan dua rakan yang ke Bandung untuk mencarikan. bajet yang saya beri +- Rph 500k. apabila mereka jalan2 dan misi mencari barang2 yang saya mahu di Pasar Baru, nah, dapat tambah kain pasang 2 helai lagi. hehe. korang memang terbaiklah bab shopping. kata mereka, sampai nak roboh kedai mintak diskaun. bagus2. wanita dan membeli-belah memang tidak dapat dipisahkan. pandai dorang bajet dan saya agak berpuas hati dengan hasil belian mereka.

sepasang lagi kain pasang telah selamat dipos khas buat bonda =)

kain telekung =) (beg optional sahaja sebenarnya tapi mereka memilih untuk ada beg)

dilemma nak buat untuk tunang atau untuk bersanding at my side? atau jadi baju raya tahun ini kah? hehe

masa tengok kain pasang tu, dalam hati duk berkira-kira untuk jadikan baju tunang atau jadi persalinan baju raya? untuk bersanding pun boleh jugak tp dah x surprise la kan sebab dah tertayang kat sini. doa banyak2 dpt majlis hujung tahun nie atau paling lewat, awal 2014. semoga jodoh kami kekal sampai syurga =) terima kasih mr. engineer berikan bajet terbaik untuk saya. jimat hbs ni. hehe

Thursday, March 21, 2013

#4 Dress Oh Dress :D


19.03.2013, Sepasang dress bernama Kate Exclusive Dress warna soft pink dari EDZ boutique telah menjadi pilihan hati. Nanti pos pada mummy ;)

update: suda pos smlm (26.03.2013) ;)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, March 14, 2013

#3 Bila emak berbicara...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum w.b.t.

Tanggal 10.03.2013...si dia menanyakan hantaran yang perlu dibayar..aku dengan rasa cuak2 tanyalah kepada emak..emak berkata, "terpulang pada dia berapa yang dia mampu"..leganya rasa hati ni x terkata..moga2 pihak dia lega juga mendengar perkhabaran ini..emak mencadangkan perbincangan 4 mata sebagai perbincangan pertama antara keluarga aku dan dia. kemudian disusuli dengan mjlis ringkas merisik dan bertunang..dan pada awal tahun depan, majlis pernikahan dilangsungkan. Allah...sungguh aku xjangka emak punya perancangan rapi...walaupun tidak secara details, aku tetap merasa syukur sangat sbb emak memudahkan urusan (dengan bantuan Allah mungkin kerana aku selalu mendoakan urusan penikahanku dipermudahkan oleh kedua ibu bapaku dan ibu bapanya). moga2 perhubungan kami sampai ke jinjang pelamin dan seleps itu sampai ke syurga (insyaAllah) ;)