Wedding Countdown Ticker

Wednesday, May 15, 2013

#14 Nasi Manis @ Wajik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum w.b.t.

pada hari rabu (15 Mei 2013), saya menemani emak pulang ke kampung untuk belajar buat nasi manis. nasi manis ini dijadikan hantaran saya dan goodies buat tetamu yang hadir ke majlis saya :) jam 5 pagi lagi emak sudah bangun untuk mengukus pulut untuk dimasukkan dalam kawah nanti. jem 8 pagi, kami gerak keluar dan bersarapan di jerantut. saya memilih untuk makan nasi dagang manakala emak pula makan roti canai. baru beberapa suap mak makan, mak kata xsedap perut lalu pulang ke rumah semula untuk menyapu minyak. saya meneruskan makan sarapan saya dan habiskan juga sarapan emak. selepas itu kami gerak pulang ke benta. apabila tiba di benta, mak menyuruh saya mengeluarkan barang2 nya dan mak ngah pun mengeluarkan barang2 seperti kuali dan tungku untuk memasak nasi manis ini. bahan-bahan yang diperlukan untuk masak nasi manis ialah seperti berikut

2 gantang beras pulut
2 turus gula kabung (20 bungkus kalau xsilap kira +- 40 keping)
3 kg gula pasir
2 kg santan

mak ngah menjemput nenek2 yang tinggal di sekeliling rumahnya seramai 3 orang untuk membantu memasak nasi manis ini. saya yang baru pertama kali melihat proses memasak nasi manis ini begitu teruja. hehe. sebanyak 200 bekas disediakan untuk mengisi nasi ini termasuk 8 bekas yang besar sikit untuk diagihkan kepada orang-orang terpilih dan satu bekas yang besar untuk dijadikan hantaran saya kepada pihak lelaki. alhamdulillah tgh hari sudah siap nasi manis tersebut. saya mengisi dalam bekas2 berkenaan dan berhenti seketika untuk makan tgh hari. kemudian saya menyambung kembali meratakan permukaan nasi manis berkenaan supaya nampak lebih cantik. kami pulang ke rumah selepas waktu asar dan selepas menziarahi kampung mak :)

No comments:

Post a Comment